About Me

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera..


Mama adalah pengguna setia multivitamin Shaklee sejak mengandungkan Hana pada tahun 2012 yang lalu. Selepas mendapat dan merasai sendiri kesan vitamin-vitamin ini pada diri mama baru mama berasa yakin dan berminat untuk join menjadi ahli serta seterusnya menjadi pengedar Shaklee yang sah pada 15 Disember 2013 yang lalu. Mama amat mengalu-alukan perkongsian dari anda semua, tidak hanya tertumpu pada Shaklee semata-mata. Hanya untuk menambah rakan dan sahabat di samping berkongsi perkara kebaikan, itulah sebab mengapa mama wujudkan blog ini. 

MamaZaraHana - diberikan sempena nama kedua-dua puteri kesayangan mama dan daddy Marzuki iaitu Zara Maritza dan Hana Anzalna. Masing-masing mempunyai karakter istimewa yang mengajar mama dan daddy menjadi lebih matang dalam meniti kehidupan sehari-hari. Mama sentiasa mendoakan agar kedua-dua puteri mama ini membesar dengan kesihatan yang baik, memiliki akhlak yang terpuji, bersopan santun dan berbudi pekerti serta menjadi bekalan mama dan daddy di akhirat nanti...mereka adalah permata yang paling berharga dalam hidup kami. 


Daddy Marzuki, Zara dan Mama (Hana dalam perut) ~ Hari Raya 2013

Permata dan cinta hati mama dan daddy


























Kepada rakan taulan dan pembaca blog, sekiranya berminat untuk mendapatkan konsultansi mengenai Shaklee atau ingin berkongsi segalanya mengenai ilmu parenting, resepi (mama loves baking :-)), hal anak-anak, aset dan hartanah dan lain-lain jangan segan silu ye untuk menitip tinta anda di ruang blog mama yang tidak seberapa ini..mama percaya sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, insyaAllah segala urusan kita semua akan sentiasa dipermudahkan olehNya, insyaAllah. 

Jom kita sihat bersama-sama Shaklee...

Salam sayang dari mama   

HASNIZA HAMBALI
Shaklee Independent Distributor
ID 1085232
012-3055841
shakleedhati[at]yahoo.com
COD: Kajang, Semenyih, Beranang, Saujana Impian, 
Bandar Seri Putra, Bangi 
   

No comments:

Post a Comment